Memaparkan catatan dengan label Galeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Galeri. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 01, 2012

PANTUN

PANTUN







Mengikut pendeta Za’ba (1965) pantun ialah nama karangan berangkap yang terbahagi kepada dua.  Bahagian pertamanya membayangkan maksud dengan isyarat bunyi dan bahagian kedua mengandungi maksud itu serta berjodoh pula bunyinya dengan bahagian yang pertama tadi.  Za’ba juga menyatakan bahawa pembayang pantun boleh diumpamakan sebagai kulit pantun.  Fungsinya bertindak sebagai kesediaan untuk orang menangkap maksud yang akan disampaikan.  Bahagian kedua iaitu, maksud pula merupakan isi yang sebenar yang akan diperkatakan dan merupakan inti pati pantun yang dikatakan oleh pemantun.

 Pantun terdiri daripada beberapa jenis dan bentuk, iaitu :


Pantun Dua Baris atau Bait
Pantun Empat Baris
Pantun Enam Baris
Pantun lapan Baris
Pantun Sepuluh Baris
Pantun Dua Belas Baris
Pantun Empat Belas Baris
Pantun Seloka
Pantun Berkait
Pantun Berbalas atau Berbalas Pantun
Pantun Rejang


            Marcapada ini, antara bentuk dan jenis pantun yang berikut hanya pantun dua baris dan empat baris sahaja yang masih digunakan secara meluas di Malaysia.  Kesenian berpantun merupakan satu cerminan masyarakat Melayu yang indah dan seharusnya dipelihara oleh generasi Melayu sendiri.  Ia bermula di sini!


terbang burung dari selatan,
dipuput angin sangga bayu,
bukalah surat dari lipatan.
lihatlah indah pantun Melayu.





Mohd Ainul Fikri Mohd Suffian
PISMP BM Sem 6 2012 

 

Sabtu, September 29, 2012

Tarian Tradisional

Tarian Tradisional


TARIAN MELAYU

Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat melayu,india,cina, iban dan sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.Sebagai contoh tarian mak yong,zapin,gamelan,asyik,kathak,bhrata natyam,singa,kipas,ngajat dan sumazau.

1.TARIAN ZAPIN
Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.

2.TARIAN GAMELAN

Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain

Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

3.TARIAN MAK YONG

Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.




NURSYAHIDA MOKHTAR
PISMP BM SEM 6




Khamis, Oktober 13, 2011

Sukaneka (Si Buta)

Sukaneka (Si Buta)


Sukaneka (Isi Air Dalam Botol)

Sukaneka (Isi Air Dalam Botol)


Sukaneka (Cari Gambar Tersembunyi)

Sukaneka (Cari Gambar Tersembunyi)


Sukaneka (Siapa Pantas)

Sukaneka (Siapa Pantas)


 

Ad Placement