Mengikut
pendeta Za’ba (1965) pantun ialah nama karangan berangkap yang terbahagi kepada
dua. Bahagian pertamanya membayangkan
maksud dengan isyarat bunyi dan bahagian kedua mengandungi maksud itu serta
berjodoh pula bunyinya dengan bahagian yang pertama tadi. Za’ba juga menyatakan bahawa pembayang pantun
boleh diumpamakan sebagai kulit pantun.
Fungsinya bertindak sebagai kesediaan untuk orang menangkap maksud yang
akan disampaikan. Bahagian kedua iaitu,
maksud pula merupakan isi yang sebenar yang akan
diperkatakan dan merupakan inti pati pantun yang dikatakan oleh pemantun.
Pantun terdiri daripada beberapa
jenis dan bentuk, iaitu :
Pantun Dua Baris atau BaitPantun Empat BarisPantun Enam BarisPantun lapan BarisPantun Sepuluh BarisPantun Dua Belas BarisPantun Empat Belas BarisPantun SelokaPantun BerkaitPantun Berbalas atau Berbalas PantunPantun Rejang
Marcapada ini, antara bentuk dan
jenis pantun yang berikut hanya pantun dua baris dan empat baris sahaja yang
masih digunakan secara meluas di Malaysia.
Kesenian berpantun merupakan satu cerminan masyarakat Melayu yang indah
dan seharusnya dipelihara oleh generasi Melayu sendiri. Ia bermula di sini!
terbang burung dari selatan,dipuput angin sangga bayu,bukalah surat dari lipatan.lihatlah indah pantun Melayu.
Mohd Ainul Fikri Mohd Suffian
PISMP BM Sem 6 2012