Memaparkan catatan dengan label Warisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Warisan. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 08, 2012

Penggunaan Bahasa Melayu Abdullah Munsyi Yang Menimbulkan Rasa Kurang Senang Orang Melayu

Penggunaan Bahasa Melayu Abdullah Munsyi Yang Menimbulkan Rasa Kurang Senang Orang Melayu




Catatan Abdullah Kadir Munsyi tentang perihal orang-orang Melayu dalam karya beliau dalam Hikayat Pelayaran Abdullah kurang disenangi oleh orang-orang Melayu adalah kritikan terhadap orang-orang patai timur. Malah ada yang mengganggap Abdullah merupakan tali barut Inggeris yang sengaja memperlekeh dan merendah-rendahkan kemampuan orang Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh Abdullah Kadir Munsyi sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan orang-orang Melayu tersebut adalah seperti berikut :

i. Bahasa kesat
 
Penulis menggunakan bahasa kesat seperti malas, lalai, adat bodoh dan jahat dalam penulisannya. Ini kerana penulis melihat orang-orang di pantai timur hidup dalam keadaan daif, miskin, berpakaian compang-camping menyebabkan penulis mentafsirkan bahawa mereka ini malas serta lalai dalam mencari rezeki sehingga mengakibatkan kehidupan mereka masih di takuk lama. Selain itu, penulis menyatakan bahawa lelaki-lelaki di situ semuanya malas kerana yang keluar mencari nafkah manakala orang-orang lelaki leka membaiki senjata, bersabung ayam, berjudi serta berhibur di malam hari.

ii. Bahasa Melayu
 
Sejak kedatangan Islam, hampir semua penduduk tanah Melayu telah memeluk Islam. Ditambah lagi dengan adanya bukti Batu Bersurat di Terengganu. Penulis menyatakan bahawa masyarakat Melayu ini sejak kecil hingga dewasa telah mempelajari al-Quran, namun kandungannya tidak difahami. Dalam kalangan masyarakat, mereka tidak menuturkan bahasa Arab tetapi menuturkan bahasa Melayu dalam perbualan hariannya. Masyarakat tidak berusaha untuk mencari seorang guru bagi membimbing mereka membaca, menulis dan mengarang kitab-kitab sebagai panduan hidup masyarakat lain.

iii. Sikap anak-anak raja
 
Penulis menggambarkan bahawa anak-anak raja di sana sering membuat onar dimana juga mereka berada bersama-sama rakan-rakan mereka yang bilangannya agak ramai selain daripada kehidupan mereka yang selalu berjudi, mengutip cukai pada rakyat jelata serta menyabung ayam. Tambahan pula, mereka sering membuat kacau di sekitar negeri serta di rumah-rumah rakyat jelata menyebabkan mereka yang takut dibunuh oleh anak-anak raja itu lalu tunduk menyembah mengabdikan diri menjadi hamba sahayanya. Maka, hamba tersebut serta seisi keluarga juga akan menjadi hamba kepada raja buat selamanya. Mereka juga sesuka hati melarikan anak-anak dara yang cantik-cantik yang ada di daerah itu untuk dijadikan hambanya di istana.

iv. Tidak berpelajaran
 
Penulis menceritakan bahawa kelemahan Kerajaan Melayu pada masa itu terjadi kerana bermulanya sikap-sikap anak-anak raja yang teramat jahat. Anak-anak raja ini tidak menunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakyat jelata kerana mereka banyak menghabiskan masa hanya dengan menyabung ayam dan berjudi sedangkan seharusnya mereka menimba sebanyak ilmu yang perlu kerana mereka akan menjadi contoh kepada rakyat jelata. Penulis mengibaratkan bahawa sistem pemerintahan kerajaan ini kelak akan sama keadaannya seperti di gelanggang sabung ayam.

v. Tempat tinggal
 
Semasa penulis berjalan melalui rumah-rumah orang Melayu di tepi pantai, penulis melihat keadaan rumah-rumah mereka. Mereka menjadikan kawasan bawah rumah mereka sebagai tempat takungan najis serta tempat pengumpulan sampah-sarap sehinggakan penulis terpaksa menutup hidung ketika melalui kawasan tersebut. Sesungguhnya Allah telah menyuruh kita menjauhi tempat-tempat dan bau-bau yang sebegitu daripada tempat kediaman kita keran disitu bermulanya penyakit-penyakit yang akan memudaratkan manusia itu sendiri. Namun begitu, itulah tempat dan bau-bauan yang disukai orang Melayu sehinggakan mereka tidak menghiraukan keadaan dibawah rumah mereka. Malah, mereka tidak berusaha untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah serta membakar sampah-sarap di kawasan kampung mereka. Penduduk di situ mendirikan pondok-pondok buruk yan tidak sesuai dijadikan tempat tinggal. Mereka beranggapan bahawa kehidupan mereka sudah memadai dan bertepatan dengan pepatah Melayu rezeki secupak tidak akan menjadi segantang.
 
 
sumber :  http://rujuknota.blogspot.com
 
 
 
Siti Normazilla Mah Hussin
 
 
 
Tulisan Khat ( Gambar )

Tulisan Khat ( Gambar )





sumber :  http://wardahproduction.blogspot.com/


Nurul Nabila Mohd Nazari





MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU





BAHASA Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat sebagai bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada zaman kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi.


Sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut:


``Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehinggan kepulauan Filipina.''

Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan dengan kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar dunia dan bahasa sastera.


Kelunturan martabat bahasa Melayu
Martabat bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah (Belanda di Indonesia dan Inggeris di Malaysia) dengan menurunkan darjat bahasa itu daripada bahasa besar dan bahasa perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular yang disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih untuk lingkungan masyarakat Melayu. Dalam zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disetarafkan dengan bahasa keturunan yang dibawa oleh Inggeris untuk kepentingan ekonomi, iaitu keturunan Cina dan India dengan menjadikannya bahasa penghantar di sekolah vernakular Melayu, sama halnya dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekolah vernakular India.

Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu hanya menjadi bahasa penghantar sekolah Melayu yang terbatas pula jangkauan bidang ilmu dan kemahirannya. Hal ini direncanakan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, semata-mata untuk menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa berwibawa dan dengan demikian berupaya membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan.

Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan, tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keeksklusifan bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris.

Namun, apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya melalui bidang pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tonggak pembinaan negara.
Walau bagaimanapun dengan adanya tantangan-tantangan semasa, bahasa Melayu mengalami kemerosotan dalam dua aspek, iaitu aspek taraf dan mutunya.

Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan.

Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya peralihan kod, bahasa SMS, bahasa sembang di Internet dan sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.

Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing (misalnya precinct, parcel dan boulevard).

Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Rosmarida Othman

Ahad, Oktober 07, 2012

Wayang Kulit

Wayang Kulit









Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.
Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Indonesia, Thailand, dan Malaysia, yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand,Jawa dan disebelah timur dan utara semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu.

Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden.

Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.

Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.




Di Malaysia sahaja terdapat empat jenis persembahan wayang kulit iaitu Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis wayang kulit ini hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.

Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.

Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati. 

Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Ia menggunakan loghat Jawa.

Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.





sumber : wikipedia



Siti Normazilla Mah Hussin
 




Sabtu, Oktober 06, 2012

Lagu Semai

Lagu Semai




BULA

BABULA BABO
BABULA BE MIRO
SIOK KENTAH BI DALAG HA IBOLA
SIOK KENREH BI DALAG HA IBOLA
BA BULA BABO
BA BULA TOK RAYE




BOLA

BOLA TEMAN SAYA
TEMAN DENGAN BOLA
SEBELAH HULU RIUH RENDAH
SEBELAH HILIR RIUH RENDAH
BOLA TEMAN SAYA
TEMAN DENGAN BOLA
SELOKA

SELOKA





Definisi Seloka


·         Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak.

·         Seloka juga adalah salah satu bentuk puisi Melayu Klasik disamping mantera, bidal, pantun, gurindam, atau syair.

·         Kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu "shloka".

Peranan/Fungsi Seloka

·         Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.

·         Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.

·         Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial.

Ciri/Bentuk Seloka

·         Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
·         Digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan.
·         Tidak mempunyai pembayang.
·         Rangkap : Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap.
·         Perkataan : Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.       
·         Sukukata : Jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
·         Rima : Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.


Contoh Seloka

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang pak kaduk
Ayamanya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk  



Nursyahida Mokhtar

 

Ad Placement