Sabtu, Oktober 06, 2012

TULISAN JAWI ! SIAPA HAPUSKAN ?





TULISAN Jawi adalah lambang jati diri, citra dan keunggulan umat Melayu. Peranan dan jasa agung dimainkan tulisan Jawi sebenarnya bermula sejak ia menjadi penyebar maklumat dan pendapat paling utama sejak puluhan tahun lalu. Cuma kebelakangan ini tulisan Jawi diketepikan peranan dan kehebatannya.



Kehadiran kitab Jawi muktabar seperti Sayr as-Salikin, Sabil al-Muhtadin, Tajul Muluk, Matla' al-Badrain wa Majma' al-Bahrain dan kemunculan ulama legenda seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri dan Abdul Samad al-Palembangi serta ramai lagi berjaya mendaulatkan tulisan Jawi.


Masyarakat hari ini boleh mengambil iktibar daripada kejayaan ahlu fikir Islam terdahulu yang menguasai pelbagai bidang ilmu serta bahasa. usaha menghidupkan bahasa Melayu berteraskan Jawi perlu dilaksanakan kerana kaitannya dengan bahasa al-Quran ( Arab )


Pejuang tulisan Jawi yang bertanggungjawab memberi nafas baru terhadap tulisan itu ialah ikon umat Melayu iaitu Pendita Za'ba yang mengumpulkan perkataan Melayu sejak 1918 bagi tujuan menyusun sebuah kamus besar.

Fara Fauzana di salah satu papan iklan di Negeri Kelantan


Usaha pemantapan tulisan jawi dilakukan oleh Kerajaan Negeri kelantan




Hasilnya pada 1931, Za'ba menulis buku Rahsia Tulisan Jawi untuk warisan umat Melayu dan ternyata beliau berjaya meniup semangat tulisan Jawi dari semasa ke semasa. Akhirnya sebuah buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi dapat disusun hasil perbincangan dengan beberapa rakan-rakannya.




Tan Sri Mohamed Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu. Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi.

 Intihannya, bukanlah orang cina, india, sikh, orang asli dan mahupun kadazan dusun yang membunuh bahasa Melayu tetapi orang Melayu sendiri yang menikam bahasa ibundanya sendiri.







Nur Hidayah Abdul Razak



 

Ad Placement