Sabtu, Oktober 15, 2011

Penggunaan Di Antara Dan Antara

Kata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah. Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan di hadapan frasa nama untuk menghasilkan frasa sendi nama.

Kata arah pula ialah kata yang menunjukkan arah atau kedudukan. Kata arah seperti ‘atas’,‘bawah’,’tengah’, ‘belakang’, ‘luar’, ‘antara’, dan sebagainya biasanya digunakan dalam frasa sendi , iaitu mengikut kata sendi nama. Hanya kata sendi nama di dan ke sahaja dapat membentuk frasa sendi dengan kata arah.
KATA SENDI NAMA
KATA SENDI NAMA ARAH

…akan anaknya

…akan kelakuan anaknya

…antara adik-beradik

…antara dua negara

…antara mereka

…antara sektor awam

…di atas meja

…di bawah rumah

…di tengah padang

…di depan bangunan

…di belakang pintu

…di antara Ipoh dengan Alor Setar


SALAH
BETUL

Di Australia , bahasa Melayu adalah di antara mata pelajaran yang paling digemari penuntut.

Kini ramai di antara mereka ini telah mempelajari bahasa Melayu

Di Australia, bahasa Melayu adalah antara mata pelajaran yang paling digemari penuntut.

Kini ramai antara mereka ini telah mempelajari bahasa Melayu.


Kesimpulan:

i) Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Justeru, frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.
Contohnya :
1. Anak kecil itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya..
2. Halimah duduk mencelah di antara Fatini dengan Zaleha.
3. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat satu dengan tingkat dua.
4. Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.
5. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

ii) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahalui ayat yang menunjukkan perbandingan.

Contohnya:
1. Antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya.
2. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi, ada persamaannya.
3. Antara tingkat satu dengan tingkat dua, tingkat dua lebih baik hiasannya.
4. Antara Fatini dengan Rosnah banyak perbezaannya.
5. Antara yang dibincangkan termasuklah soal disiplin.

iii) Kata sendi nama antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama hingga untuk menunjukkan lingkungan tentang jarak, peratusan, masa, berat dan sebagainya.
Contohnya:
1. …antara 10 kilometer hingga 15 kilometer
2. …antara 20 peratus hingga 50 peratus.
3 …antara 8 kilogram hingga 10 kilogram
4. …antara lain
5. …antara satu sama lain…
6. …antara pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang

oleh : Norshabarina Isa
 

Ad Placement