TARIAN MELAYU
Malaysia merupakan negara
berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat
melayu,india,cina, iban dan sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang dapat
dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat
daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari
pergerakkan badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian
yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan
tersendiri.Sebagai contoh tarian mak yong,zapin,gamelan,asyik,kathak,bhrata
natyam,singa,kipas,ngajat dan sumazau.
1.TARIAN ZAPIN
Tarian zapin merupakan tarian yang
terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu
gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian
hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab
pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan
pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi
dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis
perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.
2.TARIAN GAMELAN
Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain
Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

3.TARIAN
MAK YONG
Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

NURSYAHIDA MOKHTAR
PISMP BM SEM 6