Bengkel Intelek Tatabahasa Bahasa Melayu
ANJURAN
PERSATUAN BAHASA MELAYU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( BAHASA MELAYU ) SEMESTER 6 / 2012
DENGAN KERJASAMA
JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPGKTAA
TARIKH : 12 JULAI 2012
HARI : KHAMIS
MASA : 8.00 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT : i. Dewan Kuliah A IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
ii. Bilik Seminar, Pusat Sumber Al - Khindi, IPGKTAA
Pada 12 Julai 2012, Persatuan Bahasa Melayu mengadakan bengkel Intelek Tatabahasa yang melibatkan guru pelatih yang bakal berpraktikum dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Bengkel ini melibatkan unit Major Bahasa Melayu sebagai penganjur, unit Pendidikan Seni Visual dan unit Pendidikan Jasmani. Bengkel ini bermula pada jam 8.00 pagi dan para peserta dikehendaki mendaftar sebelum masuk ke dalam dewan kuliah.
Bengkel ini merangkumi dua sesi iaitu melibatkan dua fasilitator iaitu Puan Fazilah dan Encik Jalalludin. Ceramah yang disampaikan oleh fasilitator berkisar mengenai tatabahasa, yakni, cara bagaimana kita hendak mengajar di sekolah serta kami didedahkan dengan kesalahan-kesalahan tatabahasa yang biasa dilakukan oleh murid.
Bengkel ini amat memberi manfaat kepada guru pelatih yang bakal berpraktikum selama dua bulan bermula pada 23 Julai hingga 21 September 2012.
Pendaftaran
Majlis Perasmian oleh Ketua Jabatan Bahasa Melayu.
Sesi 1 : Dewan Kuliah A.
Sesi 2 : Bilik Seminar.
Alhamdulillah, bengkel ini berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Kumpulan 1 yang bertanggungjawab mengendalikan bengkel ini dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada fasilitator-fasilitator yang memberikan kuliah. Tahniah kepada guru pelatih yang berjaya menamatkan bengkel ini dan selamat berpraktikum kepada semua!