Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Warga Institut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Warga Institut. Papar semua catatan

Ahad, Julai 15, 2012

. Bengkel  Intelek Tatabahasa Bahasa Melayu .

. Bengkel Intelek Tatabahasa Bahasa Melayu .



 Bengkel Intelek Tatabahasa Bahasa Melayu

ANJURAN

PERSATUAN BAHASA MELAYU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ( BAHASA MELAYU ) SEMESTER 6 / 2012

DENGAN KERJASAMA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPGKTAA



TARIKH         : 12 JULAI 2012
HARI              : KHAMIS
MASA            : 8.00 PAGI - 4.30 PETANG
TEMPAT         : i. Dewan Kuliah A IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
                         ii. Bilik Seminar, Pusat Sumber Al - Khindi, IPGKTAA



Pada 12 Julai 2012, Persatuan Bahasa Melayu mengadakan bengkel Intelek Tatabahasa yang melibatkan guru pelatih yang bakal berpraktikum dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Bengkel ini melibatkan unit Major Bahasa Melayu sebagai penganjur, unit Pendidikan Seni Visual dan unit Pendidikan Jasmani. Bengkel ini bermula pada jam 8.00 pagi dan para peserta dikehendaki mendaftar sebelum masuk ke dalam dewan kuliah. 

Bengkel ini merangkumi dua sesi iaitu melibatkan dua fasilitator iaitu Puan Fazilah dan Encik Jalalludin. Ceramah yang disampaikan oleh fasilitator berkisar mengenai tatabahasa, yakni, cara bagaimana kita hendak mengajar di sekolah serta kami didedahkan dengan kesalahan-kesalahan tatabahasa yang biasa dilakukan oleh murid.

Bengkel ini amat memberi manfaat kepada guru pelatih yang bakal berpraktikum selama dua bulan bermula pada 23 Julai hingga 21 September 2012. 




 Pendaftaran




Majlis Perasmian oleh Ketua Jabatan Bahasa Melayu.




Sesi 1 : Dewan Kuliah A. 




Sesi 2 : Bilik Seminar.






Alhamdulillah, bengkel ini berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada Kumpulan 1 yang bertanggungjawab mengendalikan bengkel ini dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada fasilitator-fasilitator yang memberikan kuliah. Tahniah kepada guru pelatih yang berjaya menamatkan bengkel ini dan selamat berpraktikum kepada semua!

Ahad, Januari 01, 2012

Ahad, Oktober 09, 2011

Debat Piala Timbalan Menteri Pelajaran IPG 2011

Debat Piala Timbalan Menteri Pelajaran IPG 2011

DEBAT PIALA TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
DI DEWAN DARUL MAKMUR, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

PADA 9-13 OKTOBER 2011

Seramai 102 orang peserta dari 24 buah IPG seluruh Malaysia akan menyertai Debat Piala Timbalan Menteri Pelajaran. Pertandingan akan diadakan pada 9-13 Okt 2011. Taklimat peserta akan diadakan pada 9 Okt 2011 di Dewan Kuliah A jam 8.30 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha Pertandingan En Mohd Rasdi bin Saamah Ketua Jabatan Pengajian Melayu di talian 09-3123000 sambungan JPM.





Khamis, Jun 23, 2011

Bengkel Penulisan Cerpen

Bengkel Penulisan Cerpen

Sebuah bengkel Penulisan cerpen bersama Cik Puan Salina Ibrahim akan diadakan seperti ketetapan berikut:
  • 19 dan 20 Oktober 2011 (Rabu/Khamis);
  • bertempat di IPG kampus Tengku Ampuan Afzan.
Bengkel penulisan cerpen ini terbuka kepada semua guru pelatih IPG kampus Tengku Ampuan Afzan yang mempunyai komitmen, bakat ataupun minat dalam bidang penulisan. Penyertaan adalah terhad. Setiap peserta perlu menyediakan sebuah cerpen dan dihantar sebelum 19 Oktober 2011.
 

Ad Placement