- sinonim
- antonim
- hiponim
- meronim
- polisim
- homonim
- homofon
- homograf
Contoh:
sang suria = matahari
hangat = panas
2. Antonim - merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan.
Contoh:
Pandai lawannya bodoh
Putih lawannya hitam.
3.Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh:
kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang)
Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan)
4.Meronim - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada.
Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada perkataan kereta.
5.Polisim - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.
Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut:
Belum masak atau masih muda/putik (buah-buahan)
Tidak masak betul (barang yang dimasak)
Tidak atau belum dimasak (barang makanan)
Belum diproses (bahan galian dan sebagainya)
Belum matang pemikiran.
6.Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza.
Contoh:
pasang I - jodoh atau kelamin
pasang II - naik atau bertambah (air laut)
pasang III - tembak (meriam)
pasang IV - berhias (badan)
Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
i. homofon - kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna.
contoh: massa denan masa
ii. homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.
Gejala ini timbul kerna huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.
Contoh:
semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula).
bela-memelihara
bela-menuntut bela/balas
pelekat-kain sarung
pelekat-gam
iii. homonim - mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa.
contoh:
daki I - kotoran
daki II - panjat
oleh : Norshabarina Binti Isa