Isnin, Ogos 08, 2011

Isu Bahasa Rojak

Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.


Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempak dan Kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak.

 Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)

  • Kau memang terror (hebat) la!
  • Tempat makan ni best (bagus) sangat!

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina)

  • Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?
  • Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!
  • Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?

Oleh:
Mohd Fahdil bin Mohamad
 

Ad Placement