Jumaat, September 28, 2012

ANTARA DUA CINTA.







Adakah kesibukan terlalu memenatkanmu sehingga lupa untuk tanggungjawab sebagai hambanya?
Siapa kita sebenarnya?

Seharian terganggu mindaku,
Memikirkan matlamat kehidupan yang sedang ku lalu,
Sampai bila dan dimana perngakhiran yang akan berlaku,
Adakah aku sememangnya hidup untuk dibelenggu kesibukan setiap waktu,
Terikat dengan peraturan-peraturan disekelilingku,
Tangan tidak henti bergerak menaip tugasan yang perlu dihantar dengan waktu yang dipersetuju.

Ya Allah,
Bilakah waktu ku ada untukmu,
Ampuni aku dengan kesibukan yang sering melalaikanku,
Dengan kejayaan yang terlalu ku buru,
Dengan hadiah di pentas yang menjadi idamanku,
Sering mencondongkan langkahku menuju anganku itu.

Sedangkan apabila mati aku mengharapkan keredhaanmu,
Aku ingin bahagia di alam baru,
Sedangkan segalanya milikmu,
Bukan piala itu yang menyelamatkan aku,
Bukan sijil-sijil itu yang membebaskan ku dari siksa belenggu.

Aku mula bingung,
Terlalu aku keliru.

Segalanya terjawab dan aku mula memahami,
Kehidupan dunia ini juga perlu kulalui,
Sebagai jambatan menuju akhirat yang kekal abadi,
Dunia adalah tempat ku kutip segala amalan untuk ditimbang di neraca pengadilan,
Niatkan segala perbuatan kerananya,
Makanya segala pekerjaan yang dilakukan menjadi ibadah.



Iffa-Izzati Hamid
PISMP SEM 6 Ambilan Jan 2010
 

Ad Placement