Salam ukhwah buat semua pengunjung Kalam Blog Persatuan BM,
semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah
SWT. Perkongsian kai ini berkaitan dengan bungaraya (bunga kebangsaan),
tahukah anda kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebanggsaan negara kita ? Bukankah bunga-bunga
lain masih banyak dan lebih cantik untuk dipilih
? Kenapa tidak dipilih bunga ros atau bunga matahari dan lain-lain lagi, kenapa ? Cuba
anda berfikir sejenak…he he he…
Sempena bulan kemerdekaan yang
baru lepas ini kala mari kita bersama-sama berkongsi maklumat yang ramai rasa
agak tak penting ni. Sepanjang pengamatan saya, bunga raya tidak lagi popular
berbanding bunga-bunga lain. Cuba
anda tengok sendiri di halaman-halaman rumah jiran anda,
berapa banyak pokok bunga raya ditanam jika dibandingkan denganbunga-bunga lain.
Pernah saya bertanya kepada seseorang, kenapa tidak menanam bunga raya
? Katanya saya tidak minat, lagipun bunga raya tidak cantik seperti bunga-bunga lain.
Ya…Minat dan citarasa memang berbeza.
Apa yang merisaukan kita adalah generasi akan datang,
mungkin mereka tidak lagi mengenali bunga kebangsaan negara kita. Hal
ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil serius tentang hal ini.
Mungkin generasi akan datang tidak mengenali sama sekali apa itu bunga raya,
kenapa dia dipilih menjadi bunga kebangsaan, apa kepentingannya dan apakah maksud yang
tersirat disebalik kemerahan bunga raya itu ?
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa
dipilih sebaga sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960
oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-MarhumTunku Abdul Rahman Putra AI-Haj.
Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifa tkeberanian menempuh cabaran.
Selain itu, bentuk lima kelopak yang
terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang
juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae
yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.
Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna,
bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang
hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula
bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna,
bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.
Justeru itu, dengan penulisan ringkas ini harapan saya agar
dapat memberi sedikit info yang bermanfaat kepada semua pengunjung blog
ini supaya semangat cintakan negara teruskekal di dalam hati sanubar ikita.Perkara yang
paling
utama adalah janganlah dirai kemerdekaan pada bulan Ogos semata-mata sebaliknya syukurilah kemerdekaan
yang ada setiap masa setiap ketika. Akhir kalam, jangan pernah melupakan sejarah kita!!
Yunizar Mohammad
PISMP BM Sem 6 Ambilan 2010