Definisi
Seloka
·
Seloka
merujuk kepada puisi Melayu bebas yang mempunyai bentuk tertentu dari segi
rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak.
·
Seloka
juga adalah salah satu bentuk puisi Melayu Klasik disamping mantera, bidal, pantun,
gurindam, atau syair.
·
Kata
seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu "shloka".
Peranan/Fungsi
Seloka
·
Seloka
dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat
mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
·
Bersesuaian
dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik
sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan
individu sasaran.
·
Seloka
juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa
benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada
seseorang dan sebagai alat kawalan sosial.
Ciri/Bentuk
Seloka
·
Merupakan puisi bebas atau tidak
terikat.
·
Digubah sama ada mengikut bentuk pantun,
syair atau perumpamaan.
·
Tidak mempunyai pembayang.
·
Rangkap : Bilangan baris dalam serangkap
tidak tetap.
·
Perkataan : Jumlah perkataan dalam
sebaris juga tidak tetap.
·
Sukukata : Jumlah sukukata dalam sebaris
juga tidak tetap.
·
Rima : Rima akhirnya dalam serangkap
juga tidak tetap.
Contoh Seloka
SELOKA PAK KADUK
Aduhai malang pak kaduk
Ayamanya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang
duduk
Nursyahida Mokhtar