Khamis, September 08, 2011

Balik kampung atau balik ke kampung?

Acap kali apabila tiba musim cuti sekolah dan perayaan kita sering kali mendengar ucapan, "Bila balik kampung?", "Saya hendak balik kampung.". Tetapi sedarkah kita bahawa ayat yang sering kita guna pakai itu tidak menepati tatabahasa Bahasa Melayu? "ke" merupakan kata sendi nama yang digunakan untuk menunjukkan tempat, arah, waktu dan masa. "kampung" merupakan tempat, maka ayat yang betul perlu kita gunakan ialah "Bila balik ke kampung?" dan "Saya hendak balik ke kampung". 

Oleh:
Najihah binti Isa


 

Ad Placement