Pantun Dua Baris
Pinggan tak retak
nasi tak dingin,
Engkau
tak hendak aku tak ingin.
Pantun Empat Baris
Tingkap papan kayu
bersegi,
sampan
sakar di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana
budi,
Tinggi
bangsa kerana bahasa.
Pantun Enam Baris
Apa diharap padi
seberang,
Entah
berderai entah tidak,
Entah dimakan pipit melayang;
Apa diharap kekasih
orang,
Entah
bercerai entahkan tidak,
Entahkan makin bertambah sayang.
Pantun Lapan Baris
Sejak berbunga daun
pandan,
Banyak
tikus di permatang,
Anak buaya datang pula,
Daun selasih tambah banyak;
Sejak mula dagang
berjalan,
Tidak
putus dirudung malang,
Banyak
bahaya yang menerpa,
Namun kasih berpaling tidak.
sumber buku Pemilihan Kata dalam Pantun Melayu (Amat Juhari Moain)
Mohd Ainul Fikri Mohd Suffian
PISMP BM