Tarikh : 6 Oktober 2011
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Padang Tenis
Aktiviti 1: Pecah Belon
- Setiap ahli kumpulan akan mendapat satu suku kata.
 - Kemudian, wakil daripada setiap kumpulan akan memecahkan belon untuk mendapat suku kata yang lain.
 - Setiap kumpulan akan mencantum suku kata yang diperolehi supaya menjadi perkataan yang bermakna.
 - Lampiran Gambar.
 
- Wakil daripada ahli kumpulan akan membaling dart pada papan bernombor.
 - Pada papan tersebut mempunyai nilai markah yang terdiri daripada RM10 sehingga RM300, hilang giliran dan juga masteri.
 - Setiap kumpulan akan menjawab soalan yang dikemukakan untuk mendapat nilai wang yang telah diperoleh.
 - kumpulan yang berjaya menjawab akan diberikan markah berdasarkan nilai wang tersebut.
 - Kumpulan yang mengumpul nilai wang tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
 - Lampiran Gambar
 
- Setiap kumpulan akan dibekalkan 4 utas tali dan sebatang lidi.
 - Setiap kumpulan dikehendaki memasukkan lidi tersebut ke dalam 5 biji botol yang telah disediakan dalam masa 30 saat.
 - Kumpulan yang paling banyak memasukkan lidi ke dalam botol akan dikira sebagai pemenang.
 - Lampiran Gambar
 
- Setiap kumpulan akan mencari gambar yang tersembunyi disekitar padang tenis.
 - Mereka dikehendaki membina simpulan bahasa berdasarkan gambar yang mereka peroleh.
 - Kumpulan yang berjaya membina simpulan bahasa paling banyak dan betul dikira sebagai pemenang.
 - Lampiran Gambar
 
- Setiap kumpulan dikehendaki memasukkan air ke dalam botol sehingga paras yang ditetapkan.
 - Setelah siap setiap ahli kumpulan akan menyusun peribahasa supaya menjadi satu peribahasa yang lengkap.
 - kumpulan yang berjaya menyusun dengan betul akan dikira sebagai pemenang.
 - Lampiran Gambar
 
- Setiap kumpulan akan menhantar 2 orang wakil untuk permainan ini.
 - Setiap kumpulan akan di beri dua perkataan berkaitan semantik.
 - Seorang daripada setiap kumpulan akan menjadi si buta.
 - seorang lagi akan menjadi penunjuk arah kepada si buta.
 - Si buta dikehendaki mencari huruf mengikut warna yang telah ditetapkan untuk menjadi satu perkataan yang betul.
 - Si buta hendaklah mendengar arahan daripada rakannya untuk mendapatkan huruf tersebut.
 - Kumpulan yang berjaya menyiapkan perkataan paling awal akan dikira sebagai pemenang.
 - Lampiran Gambar