Penggunaan perkataan 'di' sering menjadi masalah kepada kita semua termasuk diri saya sendiri.Di sini, saya ingin berkongsi penggunaan perkataan ‘di yang dekat’ dan ‘di yang jauh'.Semoga input yang diberikan dapat menambahkan lagi kefahaman kita terhadap penggunaan perkataan ini.
‘di yang dekat’ hanya EKSKLUSIF untuk penggunaan ‘di’ yang dipadankan dengan kata kerja/perbuatan (verb).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai imbuhan. Jadi, ia harus didekatkan.
Manakala, ‘di yang jauh’ adalah ‘di’ yang BIASANYA diganding dengan kata nama/tempat (noun).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai sendi (kata penyambung). Jadi, ia mesti dijauhkan.
Contoh:
1. Dibahaskan – dekat kerana ‘bahaskan’ adalah perbuatan/kata kerja
2. Dibakar – dekat kerana ‘bakar’ adalah perbuatan/kata kerja
3. Di perhentian – jauh kerana ‘perhentian’ adalah kata nama
4. Di rumah – jauh kerana ‘rumah’ adalah tempat
5. Di dalam – jauh kerana ‘dalam’ BUKAN perbuatan atau kata kerja.
1 Comments
Masya Allah. Bagus sungguh penerangannya. Sememangnya penggunaaan perkataan "di" banyak memainkan peranan dalam menulis artikel.
Terima-kasih banyak-banyak ^_^
Semoga ia dibalis balik dengan rezeki yang murah.
Aamiin. Ya. Rabb.
Bagaimana Menulis Ayat Pendahuluan Memukau Pembaca