1. adakah
dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya
atau tidak.
Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda
dan perbuatan.
SALAH
|
BETUL
|
Apakah
benar kata-katamu itu?
Apakah dia menangis?
Apakah
aku bersalah?
|
Adakah benar kata-katamu itu?
Adakah dia menangis?
Adakah aku bersalah?
|
2. boleh
dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan
keizinan.
Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau
kemampuan.
SALAH
|
BETUL
|
Syimir
sudah boleh menunggang kuda.
Mazni
tidak boleh pergi kerana demam.
Kami
tidak boleh datang kerana hujan.
|
Syimir
sudah dapat menunggang kuda.
Mazni
tidak dapat pergi kerana demam.
Kami
tidak dapat datang kerana hujan.
|
3.
bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama
menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif
dan frasa kerja menjadi predikat.
SALAH
|
BETUL
|
Cincin ini bukan
cantik.
Kami bukan
membaca buku.
Basikal ini bukan
mahal.
Saya bukan
duduk di situ.
|
Cincin ini tidak
cantik.
Kami tidak
membaca buku.
Basikal ini tidak
mahal.
Saya tidak
duduk di situ.
|
4.
pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata
pendalaman bererti usaha mendalamkan.
SALAH
|
BETUL
|
Kawasan pendalaman
itu akan dimajukan.
Beberapa
kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan
dijalankan.
|
Kawasan pedalaman
itu akan dimajukan.
Beberapa
kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.
|
Nan Mustaqim Nan Azmie