Isnin, Ogos 15, 2011

Soalan (c) Tugasan BMM 3111

Soalan tugasan ini menuntut pelajar mencari satu artikel atau rencana ilmiah daripada majalah atau surat khabar sebagai bahan analisis. Panjang artikel adalah antara 1000 hingga 1500 patah perkataan.

Gunakan Kamus Dewan dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah-istilah Bahasa Melayu sebagai bahan rujukan.

Soalan tugasan ini juga menuntut pendokumentasian skrip jawapan dalam bentuk jadual pengklasifikasian kosa kata (Rujuk jadual di bawah)

Pertama sekali, rakan-rakan perlu faham tentang konteks 'istilah'. Dalam sesuatu ayat, bukan semua perkataan itu dikatakan istilah. Perkataan yang dikatakan istilah ialah perkataan yang berkaitan dengan sesuatu bidang. Contohnya, perkataan algebra berkaitan dengan bidang Matematik, perkataan fotosintesis berkaitan dengan bidang Sains, fonetik berkaitan dengan bidang Linguistik dan sebagainya.

Contoh dalam kajian ayat pula; Yahya belajar tentang semantik. Menerusi ayat tersebut kita harus faham bahawa perkataan yang dikatakan istilah hanyalah perkataan 'semantik'. Hal ini dikatakan demikian kerana perkataan semantik merujuk pada sesuatu bidang Linguistik.

Perkataan semantik inilah yang harus kita kaji dan analisis menerusi Kamus Dewan. Saya gunakan Kamus Dewan edisi keempat sebagai rujukan. Berikut ialah langkah untuk menganalisis:
  1. Baca artikel dan cari perkataan yang berkaitan dengan sesuatu bidang. Contohnya perkataan semantik seperti dalam ayat Semantik ialah kajian tentang makna. Kemudian cari perkataan semantik dalam Kamus Dewan, kita akan temui perkataan tersebut pada muka surat (1433). Dalam Kamus Dewan tersebut tercatat; semantik (lin)- kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
  2. Perhatikan kepada abjad singkatan dalam kerungan bersebelahan perkataan tersebut iaitu (lin). Rujuk pula maksud singkatan itu dalam Kamus Dewan pada muka surat 1i; (lin) membawa maksud linguistik. Maknanya perkataan semantik dikelompokkan dalam bidang linguistik.
  3. Perkataan semantik merupakan kosa kata bahasa Asing kerana perkataan tersebut tidak terkandung dalam daftar kata bahasa Melayu mahupun bahasa Serumpun. Maka isikan perkataan semantik ke dalam ruangan Kosa Kata Bahasa Asing.

- Diedit oleh En. Jalalludin bin Ibrahim
 

Ad Placement